Peluang Dropship sedang dibuka! Tanpa Sebarang Yuran! Segera 'Create Account' dan whatsapp 0198409381 Daftar Sekarang!
Kikis-Fanatik.jpg

Kikis Fanatik Leburkan Asobiyah

RM 30.00


Islam menuntut umatnya agar bersatu dan tidak berpecah belah dalam beragama. Setiap muslim berperanan penting dalam memenuhi tuntutan ini. Peranan itu terletak di atas bahu setiap muslim. Namun, umat Islam hari ini terus berpecah kerana beberapa sebab dan musabab. Umat Islam seolah-olah gagal menjadi ‘The Greatest Ummah’ sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Kegagalan umat Islam menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia menatijahkan banyak keburukan, sekaligus mengundang perpecahan di tengah-tengah umat Islam. Oleh itu, menegakkan islah(penambahbaikan) secara menyeluruh yang merangkumi rohani dan jasmani sangat mustahak pada hari ini. Malah, islah ini perlu dilakasanakan oleh semua umat Islam sama ada secara individual atau berkelompok.

Justeru, buku ini membedah dan membahas perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh setiap muslim serta mengaplikasikannya kesatuan umat dan mencegah perpecahan daripada terus berlaku. Semoga buku ini memberi sedikit kesedaran kepada semua umat Islam agar bersama-sama berusaha menyatukan umat daripada berpecah-belah.